Kelas Softskills – Jom Belajar Bahasa Mandarin

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas softskill iaitu Jom Belajar Bahasa Mandarin. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membolehkan pelajar mengenal kosakata, tatabahasa dan sebutan perkataan dalam Bahasa Mandarin serta merangsang minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Mandarin.

Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk memuat turun aplikasi Bahasa Mandarin di Google Play dalam telefon bimbit untuk membolehkan mereka memahami maksud dan sebutan-sebutan dalam Bahasa Mandarin. Staff PI yang mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Mandarin telah menerangkan mengenai pembelajaran asas berpandukan perkataan yang terdapat dalam aplikasi berkenaan seperti ucapan, jenis makanan dan nombor. Pelajar turut diterangkan dengan perbezaan bunyi fonem-fonem dalam perkataan yang diterjemahkan seperti ucapan selamat pagi, selamat malam dan lain-lain lagi. Selain itu, mereka turut diminta untuk mendengar bunyi audio perkataan dalam Bahasa Mandarin untuk memudahkan mereka memahami pembelajaran yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali